Showing posts with label Bahasa Melayu. Show all posts
Showing posts with label Bahasa Melayu. Show all posts

Tuesday, November 4, 2014

Formula Ringkas : Kesantunan Berbahasa

Kurniaan
Ikhtisas
Warisan
Agama

Apa kepentingan formula ni? Formula ni penting bila korang dapat soalan macam ni:

a) Yang Amat Berhormat Mulia Dr Tengku Haji Zulkarnain
b) Yang Amat Berhormat Mulia Dr Haji Tengku Zulkarnain

Antara A dan B, mana yang betul.

Jawapan dia A sebab:

Yang Amat Berhormat Mulia = Kurniaan
Dr = Ikhtisas
Tengku = Warisan
Haji = Agama

okdah baii muah ciked lol <-- Bahasa slanga

Teknik Analogi

Assalamualaikum.

Jika rakan-rakan sudah belajar mengenai teknik penyampaian ini, besar kemungkinan apa yang korang belajar tu salah. Tapi ni untuk pelajar STPM je la. Hal ini demikian kerana contoh "bayi umpama kain putih" itu BUKAN untuk teknik analogi teks ilmiah.

Analogi sebegitu hanya untuk perbahasan dan sebagainya. 

Teknik Analogi dalam STPM adalah seperti yang berikut:

Maksud: 
Satu cara mengusulkan satu gagasan dengan mengemukakan bandingan dengan suatu perkara lain yang mempunyai kaitan yang erat yang dapat mengukuhkan usul itu agar diyakini oleh audiens.

ayat pertama : satu pernyataan
ayat kedua : diikuti bukti

Contoh:
1) Kita yakin bahawa kita akan berjaya dalam melaksanakan program pembangunan ekonomi jangka panjang yang sedang kita laksanakan sekarang seperti Program Pembangunan Wilayah Selatan, Koridor Ekonomi Wilayah Utara, dan lain-lain. Keyakinan ini berlandaskan kejayaan yang telah kita capai dalam pelaksanaan program-program ekonomi lima tahunan yang juga bersifat jangka panjang.

2) Saya yakin Cikgu Hayati dapat mengembalikan zaman kegemilangan sekolah kita dalam Pertandingan Pesta Pantun. Hal ini disebabkan, beliau dinobatkan sebagai pemantun terbaik peringkat kebangsaan tiga tahun berturut-turut. Beliau juga merupakan satu-satunya pemantun yang boleh membalas pantun dalam masa kurang daripada 30 saat dengan jawapan yang tepat. 

Ha dah. Jangan la tulis sebijik-bijik macam contoh di atas. Sila fahami apa itu teknik analogi, lepastu buat ayat sendiri. Tenung lama-lama segala keterangan di atas haha.

Sumber : Cikgu Bahasa Melayu

Thursday, July 17, 2014

Retorik Pendedahan


  • Bentuk retorik yang mendedahkan, menampakkan sesuatu, menyingkap, dan memaparkan atau menunjukkan sesuatu perkara atau maklumat dengan jelas dan terperinci.
  • Kegiatan atau proses yang menjadikan seseorang mengetahui atau memahami sesuatu yang dahulunya asing kepadanya.
  • Tujuan retorik ini adalah untuk memindahkan idea atau maklumat daripada seseorang kepada khalayak dengan berkesan.


Ciri-ciri :

1. Huraian dilakukan dengan memberikan takrifan, disertai dengan contoh dan perbandingan.

2. Sesuatu topik perlu dihuraikan secara objektif dengan jelas, tepat dan terperinci.

3. Retorik jenis ini menjelaskan idea yang berkaitan dengan konsep, istilah, fakta, falsafah, masalah, analisis, proses, dan dasar.

4. Retorik ini menggunakan teknik pentakrifan dan pencerakinan.

5. Penghasil wacana mesti pakar dalam subjek yang diperkatakan.

6. Khalayak tidak faham akan subjek.

7. Subjek yang dibicarakan tidak akan mencetuskan perbezaan pendapat.

Contoh :

  • Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis merupakan penyakit berjangkit zoonosis yang berpunca daripada spirochaete dalam genus Leptospira yang menjejaskan manusia dan sejumlah besar haiwan, termasuk mamalia, burung, amfibia, dan reptilia.
  • Skuba ialah singkatan daripada “self contain underwater breathing apparatus”, iaitu alat pernafasan bawah air yang mempunyai kandungan 21% oksigen dan 79% nitrogen.



Bahasa Dalam Konteks Budaya

PERBILANGAN
Maksud perbilangan
Ungkapan-ungkapan yang berasal daripada pusaka adat resam.
Ciri-ciri perbilangan

1. disusun berangkap seperti puisi

2. Setiap rangkap terdiri daripada dua baris atau lebih

3. disebut satu per satu

Contoh-contoh



1. Hidup dikandung adat,

Mati dikandung tanah.

2. Merajuk kepada yang kasih,

Bermanja kepada yang sayang.

3. Meminta kepada yang sudi,

Berkaul kepada yang keramat.


PERUMPAMAAN
Maksud perumpamaan
Susunan katakata yang indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat

Ciri-ciri

1. Berupa satu klausa pendek

2. Menyebutkan perbandingan makna secara terang yang biasanya ditandai dengan kata seperti,umpama, laksana, bagai, bak dan ibarat.

Contoh-contoh
Perumpamaan yang disebut perbandingan
1. Bagai isi dengan kuku
2. Macam cacing kepanasan

Perumpamaan yang tidak disebut perbandingan
1. Pukul anak sindir menantu
2. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain


KIASAN
Maksud kiasan
1. ungkapan yang menyatakan sesuatu perkara dengan mengiaskan kepada satu perkara yang lain, sama ada menyebut perbandingan atau tidak.

Fungsi kiasan
1. Menjelaskan sesuatu maksud
2. Menguatkan sesuatu maksud agar dapat memberi kesan
3. Sebagai bahasa halus.

2 Jenis kiasan (dalam buku pelangi)
1. Kiasan asal
2. Kiasan berpindah

9 Jenis kiasan (mengikut Za’ba)
1. Kiasan asal
2. Kiasan berpindah
3. Kiasan permanusiaan
4. Kiasan berkacau
5. Tamsil
6. Ibarat
7. Kias ibarat
8. Tamsil ibarat
9. Cerita kiasan
  
Apa itu kiasan asal?
Kiasan yang menerangkan sesuatu perkara dengan menggunakan perkara lain sebagai perbandingan.

Contoh kiasan asal
1. Manis seperti madu
2. Merah seperti saga

Apa itu kiasan berpindah?
Kiasan yang tidak menggunakan kata perbandingan. Kata yang hendak digunakan dicantumkan dengan perkara yang dijadikan perbandingan

7 jenis kiasan berpindah
1. Kiasan sandar (kiasan punya)
2. Kiasan terus
3. Kiasan berangkap
4. Kiasan berbunga
5. Kiasan pemanis/gayang
6. Kiasan melompat
7. Kiasan melarat

Apa itu kiasan sandar (kiasan punya)?
Kiasan yang dikaitkan dengan benda lain yang serupa dengan perkara yang hendak dikiaskan.
Contoh kiasan sandar (kiasan punya)
1. Mandi kerbau
2. tidur ayam
3. pening lalat
4. jinak merpati

Apa itu kiasan terus
Kiasan yang menyatakan sesuatu perkara secara terus dengan perkara lain dan mempunyai makna yang berbeza dengan makna kata itu.

Contoh kiasan terus
Kutu embun, kacang hantu, mabuk darah, naik darah
Apa itu kiasan berangkap?
Kiasan yang mempunyai pertentangan bunyi antara perkara yang diperkatakan dengan perkara yang dikiaskan.

Contoh kiasan berangkap
1. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih
2. Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam

Apa itu kiasan berbunga?
Kiasan yang menggambarkan sesuatu maksud dengan menggunakan kata-kata yang indah.

Contoh kiasan berbunga
1. Angin sepoi-sepoi
2. Semangat yang membara
3. Pohon melambai-lambai

Apa itu kiasan pemanis/gayang?
Kiasan yang digunakan untuk melindungi seseorang daripada mengatakan sesuatu yang kurang manis atau tidak elok didengar. Kiasan pemanis ialah bahasa halus.

Contoh kiasan pemanis/gayang
1. Berbadan dua
2. ke sungai kecil
3. orang rumah
4. meninggal dunia

Maksud kiasan melompat
Kiasan yang berpindah membawa maksud yang sama dengan kata-kata tersebut.

Contoh kiasan melompat
1. Tangan baju
2. kaki seluar
3. menjahit baju

Maksud kiasan melarat
Perkataan yang digunakan sudah menyimpang jauh daripada maksud asal.

Contoh kiasan melarat
1. Sudah berisi – mengandung
2. Berat tulang – malas menolong
3. Kaki botol – orang yang suka minum arak


KATA-KATA HIKMAT
Maksud kata-kata hikmat
Ungkapan berupa nasihat, panduan, dan pedoman hidup yang diungkapkan oleh orang yang bijaksana

Contoh kata-kata hikmat
1. Bersatu teguh, bercerai roboh
2. Pandu cermat, jiwa selamat
3. Bertangguh itu pencuri masa
4. Lidah manusia lebih tajam daripada pisau


SIMPULAN BAHASA
Maksud simpulan bahasa
rangkaian perkataan yang membawa maksud berlainan dengan perkataan asal. Simpulan bahasa mempunyai maksud yang tersurat dan tersirat.

Contoh simpulan bahasa
1. Panjang tangan
2. Buaya darat
3. Anak emas
4. Kaki bangku
5. Otak udang




 

Maksud Dan Contoh Ayat
PERBILANGAN
·        Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah = Selama masih hidup, mestilah menurut aturan-aturan yang berlaku, sudah mati terserahlah kepada hukum Tuhan.

Walaupun kadangkala Ramli tidak bersetuju dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh ibunya tetapi sebagai anak dia terpaksa mematuhinya kerana hidup dikandung adat, mati dikandung tanah.

·        Merajuk kepada yang kasih, bermanja kepada yang sayang = Berbuat sesuatu hendaklah sesuai dengan tempat dan keadaannya, supaya perbuatan itu berhasil dengan baik.

·        Meminta kepada yang sudi, berkaul kepada yang keramat = Berbuat sesuatu hendaklah sesuai dengan tempat dan keadaannya, supaya perbuatan itu berhasil dengan baik.



PERUMPAMAAN
Bagai isi dengan kuku = Persahabatan yang sangat erat
Persahabatan Amir dan Nasrul bagai isi dengan kuku sehinggakan ramai yang menganggap mereka adik-beradik.

Macam cacing kepanasan = Berada dalam kegelisahan

Abang Azwan bagai cacing kepanasan semasa menunggu isterinya di hospital.
·        Pukul anak sindir menantu = Memarahi orang dengan tujuan untuk menyindir orang lain

Razlan sedar bahawa tindakan kawannya memarahi anaknya di hadapannya adalah untuk menyindir dirinya yang menumpang di situ dan sikap kawannya itu seperti pukul anak sindir menantu

·        Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain = Pekerjaan yang sukar berjaya disempurnakan jika dilakukan dengan tekun

Berpegang kepada prinsip sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain, Ganesh berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menyiapkan kerja kursusnya itu.


KIASAN

A. Kiasan asal
1. Manis seperti madu
2. Merah seperti saga


B. Kiasan berpindah
Kiasan sandar/punya
1.      Mandi kerbau = mandi yang tidak bersih
Kakak menegur adik yang hanya mandi kerbau sedangkan badannya kotor kerana bermain bola bersama-sama kawan-kawannya.

2.      Tidur ayam = tidur yang tidak nyenyak
Ibu hanya tidur-tidur ayam kerana menunggu abang yang belum pulang.

3.      Pening lalat = keadaan pening-pening sedikit

4.      Jinak merpati = sesuatu benda yang nampak jinak tetapi sukar untuk diperoleh

Kiasan terus

1. Kutu embun = seseorang yang suka merayau-rayau pada waktu malam
Emak sudah jemu menasihati abang yang gemar pulang lewat malam kerana dia memang kutu embun.



2. Kacang hantu = orang yang suka menghasut dan menyebar fitnah
Semua orang Kampung Petai tahu bahawa Karim kacang hantu dan sering melaga-lagakan orang kampung.



3. Mabuk darah = pening kerana melihat darah yang banyak

4. Naik darah = rasa marah yang membuak-buak
Makcik Leha naik darah apabila orang-orang kampung menuduh anaknya mencuri di masjid.

Kiasan berangkap
1.      Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih

2.      Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam = setiap orang mempunyai pelbagai ragam dan perangai.
Para guru perlu bersabar dengan kerenah murid-muridnya yang berbeza-beza tingkah laku antara satu dengan lain kerana banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.

Kiasan berbunga
1.      Angin sepoi sepoi
2.      Semangat yang membara
3.      Pohon melambai-lambai

Kiasan pemanis/gayang


1. Berbadan dua
2. Ke sungai kecil
3. Orang rumah
4. Meninggal dunia

Kiasan melompat

1. Tangan baju
2. Kaki seluar
3. Menjahit baju

Kiasan melarat
1.      Sudah berisi
2.      Berat tulang
3.      Kaki botol



KATA-KATA HIKMAT
1.      Bersatu teguh, bercerai roboh
2.      Pandu cermat, jiwa selamat
3.      Bertangguh itu pencuri masa
4.      Lidah manusia lebih tajam daripada pisau 

Monday, June 9, 2014

Adakah Anda Bersedia untuk Kerja Kursus Bahasa Melayu?

Assalamualaikum. 

Semoga bermanfaat. Semoga kita sama-sama dapat siapkan kerja kursus bahasa Melayu dengan jayanya.


Date
Things that need to be done
√
May 27th to June 15th
Print manual kerja kursus

June 16th to June 20th
  • Tentukan tajuk kerja kursus 
  • Bincang jadual kerja dengan ahli kumpulan 

June 23rd to September 14th  
  • Collect data 
  • Susun dapatan 
  • Tulis esei ilmiah!


September 15th to September 21st
  • Hantar esei ilmiah 
  • Bersedia untuk viva


September 22nd to October 17th
Viva wuuhuu~!



Friday, May 23, 2014

Konsep Wacana

Wacana :

1. Unit bahasa yang melebihi batas ayat.

2. Satu satuan bahasa yang lengkap kerana sesuatu wacana mungkin terdiri daripada dua atau beberapa gabungan ayat, satu perenggan, satu bab, sebuah buku atau satu siri buku.

3. Kesatuan fikiran yang utuh sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan (Kamus Dewan)

4. Unit bahasa yang lengkap dan tertinggi yang terdiri daripada deretan kata sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan (Kamus Linguistik)

Wacana dalam Bahasa Inggeris :

Discourse :
  • Kesatuan bahasa yang lengkap 
  • Berfungsi dalam pertuturan dan penulisan

Hieraki tatabahasa :

Perkataan à Frasa à Klausa à Ayat à Wacana