PERBILANGAN
Maksud perbilangan
|
Ungkapan-ungkapan yang berasal daripada pusaka adat
resam.
|
Ciri-ciri perbilangan
|
1. disusun berangkap seperti puisi 2. Setiap rangkap terdiri daripada dua baris atau lebih 3. disebut satu per satu |
Contoh-contoh
|
1. Hidup dikandung adat, Mati dikandung tanah. 2. Merajuk kepada yang kasih, Bermanja kepada yang sayang. 3. Meminta kepada yang sudi, Berkaul kepada yang keramat. |
PERUMPAMAAN
Maksud perumpamaan
|
Susunan katakata yang indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai maksud yang
tersirat
|
Ciri-ciri
|
1. Berupa satu klausa pendek 2. Menyebutkan perbandingan makna secara terang yang biasanya ditandai dengan kata seperti,umpama, laksana, bagai, bak dan ibarat. |
Contoh-contoh
|
Perumpamaan yang disebut perbandingan 1. Bagai isi dengan kuku 2. Macam cacing kepanasan Perumpamaan yang tidak disebut perbandingan 1. Pukul anak sindir menantu 2. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain |
KIASAN
Maksud kiasan
|
1. ungkapan yang menyatakan sesuatu perkara dengan mengiaskan kepada satu perkara yang lain, sama ada menyebut perbandingan atau tidak.
|
Fungsi kiasan
|
1. Menjelaskan sesuatu maksud 2. Menguatkan sesuatu maksud agar dapat memberi kesan 3. Sebagai bahasa halus. |
2 Jenis kiasan (dalam buku pelangi)
|
1. Kiasan asal 2. Kiasan berpindah |
9 Jenis kiasan (mengikut Za’ba)
|
1. Kiasan asal 2. Kiasan berpindah 3. Kiasan permanusiaan 4. Kiasan berkacau 5. Tamsil 6. Ibarat 7. Kias ibarat 8. Tamsil ibarat 9. Cerita kiasan |
Apa itu kiasan asal?
|
Kiasan yang menerangkan sesuatu perkara dengan
menggunakan perkara lain sebagai perbandingan.
|
Contoh kiasan asal
|
1. Manis seperti madu 2. Merah seperti saga |
Apa itu kiasan berpindah?
|
Kiasan yang tidak menggunakan kata
perbandingan. Kata yang hendak digunakan dicantumkan dengan perkara yang
dijadikan perbandingan
|
7 jenis kiasan berpindah
|
1. Kiasan sandar (kiasan punya) 2. Kiasan terus 3. Kiasan berangkap 4. Kiasan berbunga 5. Kiasan pemanis/gayang 6. Kiasan melompat 7. Kiasan melarat |
Apa itu kiasan sandar (kiasan punya)?
|
Kiasan yang dikaitkan
dengan benda lain yang serupa dengan perkara yang hendak dikiaskan.
|
Contoh kiasan sandar (kiasan punya)
|
1. Mandi kerbau 2. tidur ayam 3. pening lalat 4. jinak merpati |
Apa itu kiasan terus
|
Kiasan yang
menyatakan sesuatu perkara secara terus dengan perkara lain dan mempunyai
makna yang berbeza dengan makna kata itu.
|
Contoh kiasan terus
|
Kutu embun, kacang
hantu, mabuk darah, naik darah
|
Apa itu kiasan berangkap?
|
Kiasan
yang mempunyai pertentangan bunyi antara perkara yang diperkatakan dengan
perkara yang dikiaskan.
|
Contoh kiasan berangkap
|
1. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih 2. Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam |
Apa itu kiasan berbunga?
|
Kiasan yang
menggambarkan sesuatu maksud dengan menggunakan kata-kata yang indah.
|
Contoh kiasan berbunga
|
1. Angin sepoi-sepoi 2. Semangat yang membara 3. Pohon melambai-lambai |
Apa itu kiasan pemanis/gayang?
|
Kiasan yang digunakan
untuk melindungi seseorang daripada mengatakan sesuatu yang kurang manis atau
tidak elok didengar. Kiasan pemanis ialah bahasa halus.
|
Contoh kiasan pemanis/gayang
|
1. Berbadan dua 2. ke sungai kecil 3. orang rumah 4. meninggal dunia |
Maksud kiasan melompat
|
Kiasan yang berpindah
membawa maksud yang sama dengan kata-kata tersebut.
|
Contoh kiasan melompat
|
1. Tangan baju 2. kaki seluar 3. menjahit baju |
Maksud kiasan melarat
|
Perkataan yang
digunakan sudah menyimpang jauh daripada maksud asal.
|
Contoh kiasan melarat
|
1. Sudah berisi – mengandung 2. Berat tulang – malas menolong 3. Kaki botol – orang yang suka minum arak |
KATA-KATA
HIKMAT
Maksud kata-kata hikmat
|
Ungkapan berupa nasihat, panduan, dan pedoman hidup
yang diungkapkan oleh orang yang bijaksana
|
Contoh kata-kata hikmat
|
1. Bersatu teguh, bercerai roboh 2. Pandu cermat, jiwa selamat 3. Bertangguh itu pencuri masa 4. Lidah manusia lebih tajam daripada pisau |
SIMPULAN
BAHASA
Maksud simpulan bahasa
|
rangkaian perkataan yang membawa maksud berlainan
dengan perkataan asal. Simpulan bahasa mempunyai maksud yang tersurat dan
tersirat.
|
Contoh simpulan bahasa
|
1. Panjang tangan 2. Buaya darat 3. Anak emas 4. Kaki bangku 5. Otak udang |
Maksud Dan Contoh Ayat
PERBILANGAN
·
Hidup dikandung adat, mati
dikandung tanah = Selama masih hidup, mestilah menurut aturan-aturan yang
berlaku, sudah mati terserahlah kepada hukum Tuhan.
Walaupun
kadangkala Ramli tidak bersetuju dengan peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan oleh ibunya tetapi sebagai anak dia terpaksa mematuhinya kerana
hidup dikandung adat, mati dikandung tanah.
|
·
Merajuk kepada yang kasih,
bermanja kepada yang sayang = Berbuat sesuatu hendaklah sesuai dengan tempat
dan keadaannya, supaya perbuatan itu berhasil dengan baik.
|
·
Meminta kepada yang sudi,
berkaul kepada yang keramat = Berbuat sesuatu hendaklah sesuai dengan tempat
dan keadaannya, supaya perbuatan itu berhasil dengan baik.
|
PERUMPAMAAN
Bagai isi dengan kuku = Persahabatan yang sangat erat
Persahabatan Amir
dan Nasrul bagai isi dengan kuku sehinggakan ramai yang menganggap
mereka adik-beradik.
|
Macam cacing kepanasan = Berada dalam kegelisahan
Abang Azwan bagai
cacing kepanasan semasa menunggu isterinya di hospital.
|
·
Pukul anak sindir menantu =
Memarahi orang dengan tujuan untuk menyindir orang lain
Razlan sedar
bahawa tindakan kawannya memarahi anaknya di hadapannya adalah untuk
menyindir dirinya yang menumpang di situ dan sikap kawannya itu seperti pukul
anak sindir menantu
|
·
Sehari selembar benang,
lama-lama menjadi kain = Pekerjaan yang sukar berjaya disempurnakan jika
dilakukan dengan tekun
Berpegang kepada
prinsip sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain, Ganesh berusaha
dengan bersungguh-sungguh untuk menyiapkan kerja kursusnya itu.
|
KIASAN
A. Kiasan asal
1. Manis seperti madu
2. Merah seperti saga
Kiasan
sandar/punya
1.
Mandi kerbau = mandi yang tidak
bersih
Kakak menegur
adik yang hanya mandi kerbau sedangkan badannya kotor kerana bermain bola
bersama-sama kawan-kawannya.
2.
Tidur ayam = tidur yang tidak
nyenyak
Ibu hanya tidur-tidur
ayam kerana menunggu abang yang belum pulang.
3.
Pening lalat = keadaan
pening-pening sedikit
4.
Jinak merpati = sesuatu benda
yang nampak jinak tetapi sukar untuk diperoleh
|
Kiasan
terus
1. Kutu embun = seseorang yang suka merayau-rayau pada waktu malam Emak sudah jemu menasihati abang yang gemar pulang lewat malam kerana dia memang kutu embun. 2. Kacang hantu = orang yang suka menghasut dan menyebar fitnah Semua orang Kampung Petai tahu bahawa Karim kacang hantu dan sering melaga-lagakan orang kampung. 3. Mabuk darah = pening kerana melihat darah yang banyak 4. Naik darah = rasa marah yang membuak-buak Makcik Leha naik darah apabila orang-orang kampung menuduh anaknya mencuri di masjid. |
Kiasan
berangkap
1.
Mengata dulang paku serpih,
mengata orang dia yang lebih
2.
Banyak udang banyak garam,
banyak orang banyak ragam = setiap orang mempunyai pelbagai ragam dan
perangai.
Para guru perlu
bersabar dengan kerenah murid-muridnya yang berbeza-beza tingkah laku antara
satu dengan lain kerana banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.
|
Kiasan
berbunga
1.
Angin sepoi sepoi
2.
Semangat yang membara
3.
Pohon melambai-lambai
|
Kiasan
pemanis/gayang
1. Berbadan dua 2. Ke sungai kecil 3. Orang rumah 4. Meninggal dunia |
Kiasan
melompat
2. Kaki seluar 3. Menjahit baju |
Kiasan
melarat
1.
Sudah berisi
2.
Berat tulang
3.
Kaki botol
|
KATA-KATA HIKMAT
1. Bersatu teguh, bercerai roboh
2.
Pandu cermat, jiwa selamat
3.
Bertangguh itu pencuri masa
4. Lidah manusia lebih tajam daripada pisau
Tangan baju tu apa
ReplyDeleteterima kasih. maklumat ni sangat membantu time ulang kaji utk bm sem 3 :)
ReplyDelete