Thursday, July 17, 2014

Retorik Pendedahan


  • Bentuk retorik yang mendedahkan, menampakkan sesuatu, menyingkap, dan memaparkan atau menunjukkan sesuatu perkara atau maklumat dengan jelas dan terperinci.
  • Kegiatan atau proses yang menjadikan seseorang mengetahui atau memahami sesuatu yang dahulunya asing kepadanya.
  • Tujuan retorik ini adalah untuk memindahkan idea atau maklumat daripada seseorang kepada khalayak dengan berkesan.


Ciri-ciri :

1. Huraian dilakukan dengan memberikan takrifan, disertai dengan contoh dan perbandingan.

2. Sesuatu topik perlu dihuraikan secara objektif dengan jelas, tepat dan terperinci.

3. Retorik jenis ini menjelaskan idea yang berkaitan dengan konsep, istilah, fakta, falsafah, masalah, analisis, proses, dan dasar.

4. Retorik ini menggunakan teknik pentakrifan dan pencerakinan.

5. Penghasil wacana mesti pakar dalam subjek yang diperkatakan.

6. Khalayak tidak faham akan subjek.

7. Subjek yang dibicarakan tidak akan mencetuskan perbezaan pendapat.

Contoh :

  • Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis merupakan penyakit berjangkit zoonosis yang berpunca daripada spirochaete dalam genus Leptospira yang menjejaskan manusia dan sejumlah besar haiwan, termasuk mamalia, burung, amfibia, dan reptilia.
  • Skuba ialah singkatan daripada “self contain underwater breathing apparatus”, iaitu alat pernafasan bawah air yang mempunyai kandungan 21% oksigen dan 79% nitrogen.



No comments:

Post a Comment