Tuesday, November 4, 2014

Formula Ringkas : Kesantunan Berbahasa

Kurniaan
Ikhtisas
Warisan
Agama

Apa kepentingan formula ni? Formula ni penting bila korang dapat soalan macam ni:

a) Yang Amat Berhormat Mulia Dr Tengku Haji Zulkarnain
b) Yang Amat Berhormat Mulia Dr Haji Tengku Zulkarnain

Antara A dan B, mana yang betul.

Jawapan dia A sebab:

Yang Amat Berhormat Mulia = Kurniaan
Dr = Ikhtisas
Tengku = Warisan
Haji = Agama

okdah baii muah ciked lol <-- Bahasa slanga

Teknik Analogi

Assalamualaikum.

Jika rakan-rakan sudah belajar mengenai teknik penyampaian ini, besar kemungkinan apa yang korang belajar tu salah. Tapi ni untuk pelajar STPM je la. Hal ini demikian kerana contoh "bayi umpama kain putih" itu BUKAN untuk teknik analogi teks ilmiah.

Analogi sebegitu hanya untuk perbahasan dan sebagainya. 

Teknik Analogi dalam STPM adalah seperti yang berikut:

Maksud: 
Satu cara mengusulkan satu gagasan dengan mengemukakan bandingan dengan suatu perkara lain yang mempunyai kaitan yang erat yang dapat mengukuhkan usul itu agar diyakini oleh audiens.

ayat pertama : satu pernyataan
ayat kedua : diikuti bukti

Contoh:
1) Kita yakin bahawa kita akan berjaya dalam melaksanakan program pembangunan ekonomi jangka panjang yang sedang kita laksanakan sekarang seperti Program Pembangunan Wilayah Selatan, Koridor Ekonomi Wilayah Utara, dan lain-lain. Keyakinan ini berlandaskan kejayaan yang telah kita capai dalam pelaksanaan program-program ekonomi lima tahunan yang juga bersifat jangka panjang.

2) Saya yakin Cikgu Hayati dapat mengembalikan zaman kegemilangan sekolah kita dalam Pertandingan Pesta Pantun. Hal ini disebabkan, beliau dinobatkan sebagai pemantun terbaik peringkat kebangsaan tiga tahun berturut-turut. Beliau juga merupakan satu-satunya pemantun yang boleh membalas pantun dalam masa kurang daripada 30 saat dengan jawapan yang tepat. 

Ha dah. Jangan la tulis sebijik-bijik macam contoh di atas. Sila fahami apa itu teknik analogi, lepastu buat ayat sendiri. Tenung lama-lama segala keterangan di atas haha.

Sumber : Cikgu Bahasa Melayu

Friday, October 17, 2014

Soalan Ekonomi Malaysia #1

Soalan:
Terangkan perbezaan antara:
(a) pengangguran kitaran dengan pengangguran geseran. (3m)

Pengangguran kitaran berlaku disebabkan kemerosotan permintaan agregat sehingga ramai pekerja diberhentikan kerja apabila pengeluar terpaksa mengurangkan pengeluaran manakala pengangguran geseran pula berlaku kerana tenaga buruh berhenti kerja untuk mencari pekerjaan yang lebih baik. 

Pengangguran kitaran berlaku apabila ekonomi belum mencapai guna tenaga penuh sedangkan pengangguran geseran berlaku ketika ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh.

Pengangguran kitaran bersifat jangka panjang dan mempunyai kesan buruk terhadap ekonomi manakala pengangguran geseran bersifat sementara dan tidak meninggalkan kesan buruk terhadap ekonomi.

(b) pengangguran struktur dengan pengangguran teknologi. (3m)

Pengangguran struktur berlaku apabila perubahan struktur dan corak kegiatan ekonomi telah menyebabkan permintaan terhadap tenaga buruh sektor tertentu berkurangan. Misalnya, peralihan daripada sektor pertanian kepada sektor perkilangan menyebabkan sebilangan tenaga buruh sektor pertanian menganggur kerana mereka tiada kemahiran kerja untuk dipindahkan ke sektor perkilangan.

Pengangguran teknologi berlaku apabila permintaan terhadap buruh berkurang kesan daripada penggunaan teknologi baharu yang menggantikan pekerjaan yang dilakukan oleh tenaga buruh. Misalnya peralihan kaedah pengeluaran daripada kaedah intensif buruh kepada kaedah intensif modal menyebabkan peranan sesetengah tenaga buruh yang kurang mahir diambil alih oleh mesin dan robot.


Friday, September 12, 2014

Jadual Peperiksaan STPM Penggal 3 2014

Assalamualaikum.

Jadual peperiksaan STPM Penggal 3 dah keluar wuhuhuu. Korang juga boleh tengok jadual semua peperiksaan STPM pada link yang berikut : http://www.mpm.edu.my/web/guest/jadual-peperiksaan 

Good luck, study elok-elok :-)


Friday, July 18, 2014

SEMAKAN KEPUTUSAN STPM PENGGAL 2

SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN STPM PENGGAL 2 SUDAH BOLEH DISEMAK DI LAMAN WEB YANG BERIKUT : http://webmpm.mpm.edu.my/stpm/

Thursday, July 17, 2014

Retorik Pendedahan


  • Bentuk retorik yang mendedahkan, menampakkan sesuatu, menyingkap, dan memaparkan atau menunjukkan sesuatu perkara atau maklumat dengan jelas dan terperinci.
  • Kegiatan atau proses yang menjadikan seseorang mengetahui atau memahami sesuatu yang dahulunya asing kepadanya.
  • Tujuan retorik ini adalah untuk memindahkan idea atau maklumat daripada seseorang kepada khalayak dengan berkesan.


Ciri-ciri :

1. Huraian dilakukan dengan memberikan takrifan, disertai dengan contoh dan perbandingan.

2. Sesuatu topik perlu dihuraikan secara objektif dengan jelas, tepat dan terperinci.

3. Retorik jenis ini menjelaskan idea yang berkaitan dengan konsep, istilah, fakta, falsafah, masalah, analisis, proses, dan dasar.

4. Retorik ini menggunakan teknik pentakrifan dan pencerakinan.

5. Penghasil wacana mesti pakar dalam subjek yang diperkatakan.

6. Khalayak tidak faham akan subjek.

7. Subjek yang dibicarakan tidak akan mencetuskan perbezaan pendapat.

Contoh :

  • Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis merupakan penyakit berjangkit zoonosis yang berpunca daripada spirochaete dalam genus Leptospira yang menjejaskan manusia dan sejumlah besar haiwan, termasuk mamalia, burung, amfibia, dan reptilia.
  • Skuba ialah singkatan daripada “self contain underwater breathing apparatus”, iaitu alat pernafasan bawah air yang mempunyai kandungan 21% oksigen dan 79% nitrogen.



Bahasa Dalam Konteks Budaya

PERBILANGAN
Maksud perbilangan
Ungkapan-ungkapan yang berasal daripada pusaka adat resam.
Ciri-ciri perbilangan

1. disusun berangkap seperti puisi

2. Setiap rangkap terdiri daripada dua baris atau lebih

3. disebut satu per satu

Contoh-contoh



1. Hidup dikandung adat,

Mati dikandung tanah.

2. Merajuk kepada yang kasih,

Bermanja kepada yang sayang.

3. Meminta kepada yang sudi,

Berkaul kepada yang keramat.


PERUMPAMAAN
Maksud perumpamaan
Susunan katakata yang indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat

Ciri-ciri

1. Berupa satu klausa pendek

2. Menyebutkan perbandingan makna secara terang yang biasanya ditandai dengan kata seperti,umpama, laksana, bagai, bak dan ibarat.

Contoh-contoh
Perumpamaan yang disebut perbandingan
1. Bagai isi dengan kuku
2. Macam cacing kepanasan

Perumpamaan yang tidak disebut perbandingan
1. Pukul anak sindir menantu
2. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain


KIASAN
Maksud kiasan
1. ungkapan yang menyatakan sesuatu perkara dengan mengiaskan kepada satu perkara yang lain, sama ada menyebut perbandingan atau tidak.

Fungsi kiasan
1. Menjelaskan sesuatu maksud
2. Menguatkan sesuatu maksud agar dapat memberi kesan
3. Sebagai bahasa halus.

2 Jenis kiasan (dalam buku pelangi)
1. Kiasan asal
2. Kiasan berpindah

9 Jenis kiasan (mengikut Za’ba)
1. Kiasan asal
2. Kiasan berpindah
3. Kiasan permanusiaan
4. Kiasan berkacau
5. Tamsil
6. Ibarat
7. Kias ibarat
8. Tamsil ibarat
9. Cerita kiasan
  
Apa itu kiasan asal?
Kiasan yang menerangkan sesuatu perkara dengan menggunakan perkara lain sebagai perbandingan.

Contoh kiasan asal
1. Manis seperti madu
2. Merah seperti saga

Apa itu kiasan berpindah?
Kiasan yang tidak menggunakan kata perbandingan. Kata yang hendak digunakan dicantumkan dengan perkara yang dijadikan perbandingan

7 jenis kiasan berpindah
1. Kiasan sandar (kiasan punya)
2. Kiasan terus
3. Kiasan berangkap
4. Kiasan berbunga
5. Kiasan pemanis/gayang
6. Kiasan melompat
7. Kiasan melarat

Apa itu kiasan sandar (kiasan punya)?
Kiasan yang dikaitkan dengan benda lain yang serupa dengan perkara yang hendak dikiaskan.
Contoh kiasan sandar (kiasan punya)
1. Mandi kerbau
2. tidur ayam
3. pening lalat
4. jinak merpati

Apa itu kiasan terus
Kiasan yang menyatakan sesuatu perkara secara terus dengan perkara lain dan mempunyai makna yang berbeza dengan makna kata itu.

Contoh kiasan terus
Kutu embun, kacang hantu, mabuk darah, naik darah
Apa itu kiasan berangkap?
Kiasan yang mempunyai pertentangan bunyi antara perkara yang diperkatakan dengan perkara yang dikiaskan.

Contoh kiasan berangkap
1. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih
2. Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam

Apa itu kiasan berbunga?
Kiasan yang menggambarkan sesuatu maksud dengan menggunakan kata-kata yang indah.

Contoh kiasan berbunga
1. Angin sepoi-sepoi
2. Semangat yang membara
3. Pohon melambai-lambai

Apa itu kiasan pemanis/gayang?
Kiasan yang digunakan untuk melindungi seseorang daripada mengatakan sesuatu yang kurang manis atau tidak elok didengar. Kiasan pemanis ialah bahasa halus.

Contoh kiasan pemanis/gayang
1. Berbadan dua
2. ke sungai kecil
3. orang rumah
4. meninggal dunia

Maksud kiasan melompat
Kiasan yang berpindah membawa maksud yang sama dengan kata-kata tersebut.

Contoh kiasan melompat
1. Tangan baju
2. kaki seluar
3. menjahit baju

Maksud kiasan melarat
Perkataan yang digunakan sudah menyimpang jauh daripada maksud asal.

Contoh kiasan melarat
1. Sudah berisi – mengandung
2. Berat tulang – malas menolong
3. Kaki botol – orang yang suka minum arak


KATA-KATA HIKMAT
Maksud kata-kata hikmat
Ungkapan berupa nasihat, panduan, dan pedoman hidup yang diungkapkan oleh orang yang bijaksana

Contoh kata-kata hikmat
1. Bersatu teguh, bercerai roboh
2. Pandu cermat, jiwa selamat
3. Bertangguh itu pencuri masa
4. Lidah manusia lebih tajam daripada pisau


SIMPULAN BAHASA
Maksud simpulan bahasa
rangkaian perkataan yang membawa maksud berlainan dengan perkataan asal. Simpulan bahasa mempunyai maksud yang tersurat dan tersirat.

Contoh simpulan bahasa
1. Panjang tangan
2. Buaya darat
3. Anak emas
4. Kaki bangku
5. Otak udang




 

Maksud Dan Contoh Ayat
PERBILANGAN
·        Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah = Selama masih hidup, mestilah menurut aturan-aturan yang berlaku, sudah mati terserahlah kepada hukum Tuhan.

Walaupun kadangkala Ramli tidak bersetuju dengan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh ibunya tetapi sebagai anak dia terpaksa mematuhinya kerana hidup dikandung adat, mati dikandung tanah.

·        Merajuk kepada yang kasih, bermanja kepada yang sayang = Berbuat sesuatu hendaklah sesuai dengan tempat dan keadaannya, supaya perbuatan itu berhasil dengan baik.

·        Meminta kepada yang sudi, berkaul kepada yang keramat = Berbuat sesuatu hendaklah sesuai dengan tempat dan keadaannya, supaya perbuatan itu berhasil dengan baik.



PERUMPAMAAN
Bagai isi dengan kuku = Persahabatan yang sangat erat
Persahabatan Amir dan Nasrul bagai isi dengan kuku sehinggakan ramai yang menganggap mereka adik-beradik.

Macam cacing kepanasan = Berada dalam kegelisahan

Abang Azwan bagai cacing kepanasan semasa menunggu isterinya di hospital.
·        Pukul anak sindir menantu = Memarahi orang dengan tujuan untuk menyindir orang lain

Razlan sedar bahawa tindakan kawannya memarahi anaknya di hadapannya adalah untuk menyindir dirinya yang menumpang di situ dan sikap kawannya itu seperti pukul anak sindir menantu

·        Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain = Pekerjaan yang sukar berjaya disempurnakan jika dilakukan dengan tekun

Berpegang kepada prinsip sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain, Ganesh berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menyiapkan kerja kursusnya itu.


KIASAN

A. Kiasan asal
1. Manis seperti madu
2. Merah seperti saga


B. Kiasan berpindah
Kiasan sandar/punya
1.      Mandi kerbau = mandi yang tidak bersih
Kakak menegur adik yang hanya mandi kerbau sedangkan badannya kotor kerana bermain bola bersama-sama kawan-kawannya.

2.      Tidur ayam = tidur yang tidak nyenyak
Ibu hanya tidur-tidur ayam kerana menunggu abang yang belum pulang.

3.      Pening lalat = keadaan pening-pening sedikit

4.      Jinak merpati = sesuatu benda yang nampak jinak tetapi sukar untuk diperoleh

Kiasan terus

1. Kutu embun = seseorang yang suka merayau-rayau pada waktu malam
Emak sudah jemu menasihati abang yang gemar pulang lewat malam kerana dia memang kutu embun.



2. Kacang hantu = orang yang suka menghasut dan menyebar fitnah
Semua orang Kampung Petai tahu bahawa Karim kacang hantu dan sering melaga-lagakan orang kampung.



3. Mabuk darah = pening kerana melihat darah yang banyak

4. Naik darah = rasa marah yang membuak-buak
Makcik Leha naik darah apabila orang-orang kampung menuduh anaknya mencuri di masjid.

Kiasan berangkap
1.      Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih

2.      Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam = setiap orang mempunyai pelbagai ragam dan perangai.
Para guru perlu bersabar dengan kerenah murid-muridnya yang berbeza-beza tingkah laku antara satu dengan lain kerana banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.

Kiasan berbunga
1.      Angin sepoi sepoi
2.      Semangat yang membara
3.      Pohon melambai-lambai

Kiasan pemanis/gayang


1. Berbadan dua
2. Ke sungai kecil
3. Orang rumah
4. Meninggal dunia

Kiasan melompat

1. Tangan baju
2. Kaki seluar
3. Menjahit baju

Kiasan melarat
1.      Sudah berisi
2.      Berat tulang
3.      Kaki botol



KATA-KATA HIKMAT
1.      Bersatu teguh, bercerai roboh
2.      Pandu cermat, jiwa selamat
3.      Bertangguh itu pencuri masa
4.      Lidah manusia lebih tajam daripada pisau 

Thursday, July 3, 2014

Perubahan Perkembangan Ekonomi

7.2 PERUBAHAN PERKEMBANGAN EKONOMI
$ ~ Latar Belakang Ekonomi ~ £¥

Perubahan di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19
Perubahan politik
Perubahan sosial
PERUBAHAN EKONOMI

Keamanan ….
Membawa perkembangan ekonomi yang pesat

Perubahan corak ekonomi di Tanah Melayu
  
Pertanian sara diri kegiatan kepada ekonomi bercorak komersial

Faktor perubahan corak ekonomi di Tanah Melayu sebelum WW1

1) Perubahan keperluan bahan mentah oleh negara perindustrian di Barat

2) Kemajuan sistem pengangkutan ;
  • Jalan raya dan landasan kereta api dibina bagi menghantar bahan-bahan mentah ke pelabuhan 
  • penggunaan kapal wap 
3) Pembukaan Terusan Suez yang memendekkan lagi masa dan jarak pelayaran

Apa yang British buat
1. Tertarik dengan Tanah Melayu yang kaya dengan bahan mentah.
2. Meluaskan pengaruh di negeri-negeri Melayu
3. Membawa modal asing untuk dilabur ke dalam sektor perlombongan dan perladangan bagi tujuan eksport ke negera mereka
4. Ini mendorong lebih banyak lombong bijih timah dan ladang getah dibuka.

Negara asal tenaga buruh yang bekerja di lombong bijih timah dan ladang getah
  • China 
  • India
Sumber galian yang baru ditemui
a) Emas
b) Bauksit (bijih utama aluminium)
c) Arang batu
d) Bijih besi
Keburukan perubahan perkembangan ekonomi

  • Ekonomi hanya berkembang pesat di kawasan sekitar perlombongan bijih timah dan ladang getah sahaja. 
  • Ekonomi di negeri-negeri di pantai timur tidak banyak berubah. 
  • Akibatnya wujud pembangunan ekonomi yang tidak seimbang antara negeri dan wilayah. 
  • Tumpuan hanya diberi kepada 2 jenis komoditi sahaja ; bijih timah dan getah. 
  • Tanah Melayu terlalu bergantung kepada kedua-dua jenis komoditi tersebut sebagai hasil pendapat utama negara.

Tahun berlaku kemelesetan ekonomi dunia
1929 sehingga 1931
Selepas tahun 1941
  • Baru ada usaha untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi 
  • Menggalakkan penanaman jenis tanaman baharu : 
a) Nanas
b) Kelapa sawit
c) Kelapa kering
Negeri-negeri yang mempunyai ekonomi yang pesat membangun

·         Bandar-bandar ini berada di sekitar kawasan pengeluar bijih timah dan getah

a) Johor
b) Negeri Sembilan
c) Selangor
d) Perak




Pengubahsuaian Dalam Pentadbiran

7.1 PENERIMAAN DAN PENGUBAHSUAIAN PENTADBIRAN
Perubahan pentadbiran di negeri-negeri Melayu  
  1.   Pengenalan sistem residen
  2. Penubuhan majlis mesyuarat negeri
  3. Sistem pentadbiran tanah
  4. Sistem pentadbiran negeri
  5. Pembentukan negeri-negeri melayu bersekutu
  6. Persekutuan 1896
  7. Pengagihan semula kuasa persekutuan (desentralisasi)


Pengenalan sistem residen
1. Sistem residen ialah satu bentuk sistem pemerintahan secara tidak langsung di negeri-negeri Melayu

2. Diperkenalkan di :
a. Perak (1874)
b. Selangor (1875)
c. Pahang (1888)
d. Negeri Sembilan (1889)

3. Residen - seorang pegawai British yang ditugaskan untuk menasihati sultan dan nasihatnya itu MESTI dipatuhi dalam semua perkara, kecuali yang melibatkan agama Islam dan adat istiadat Melayu.

4. Walaupun British menjamin kedaulatan raja Melayu dan kedudukan negeri-negeri Melayu sebagai wilayah di bawah perlindungannya, tetapi kuasa memerintah sebenarnya berada di tangan Residen British yang mentadbir atas nama sultan.

5. Melalui pemerintahan secara tidak langsung, British memperkenalkan beberapa perubahan secara beransur-ansur di negeri-negeri Melayu melalui institusi-institusi politik tradisi yang wujud ketika itu.

Penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri
1. Peranan :

a. Membincangkan perkara-perkara yang melibatkan pentadbiran negeri.

b. Menemukan pegawai British dan pembesar Melayu supaya mereka dapat berunding tentang perkara-perkara yang menyentuh kepentingan masyarakat Melayu.

c. [Bidang Penasihat] Menggubal undang-undang dan menjadi mahkamah rayuan yang tertinggi.

d. [Bidang Penasihat] Menguruskan perubahan struktur cukai dan pencen kepada orang Melayu serta perkara-perkara seperti pelantikan ketua-ketua tempatan dan kadi.

2. Dianggotai :
a. Sultan sebagai ketua.
b. Residen British.
c. 12 orang pembesar Melayu.
d. 1 orang wakil masyarakat Cina.

3. Persidangan dlm Majlis Mesyuarat Negeri dikendalikan dlm Bahasa Melayu. Semua cadangan dan usul mesti dibahas serta diundi sebelum diluluskan menjadi undang-undang. Semua undang-undang mesti ditandatangani oleh Sultan dan mendapat izin daripada Gabenor Negeri-negeri Selat yang mempunyai kuasa pembatal.

4. Namun Majlis Mesyuarat Negeri tidak mempunyai kuasa perundangan yang luas. Kekurangan ini menjadikan fungsi perundangan majlis semakin diabaikan kerana tidak berkuasa terhadap segala keputusan yang diambil. Akhirnya, majlis hanya berperanan mengesahkan segala keputusan yang telah dibuat.

5. Kuasa sultan dalam Majlis Mesyuarat Negeri juga terbatas kerana baginda hanya berkuasa dalam hal agama Islam dan adat istiadat Melayu

6. Dalam pentadbiran negeri, setiap negeri beransur-ansur menubuhkan perkhidmatan awam sendiri dengan beberapa jawatan penting dikuasai oleh pentadbir British. Jawatan di peringkat bawahan diberikan kepada pelbagai kaum (orang Serani (Portugis + Melayu), India, Ceylon, Melayu).

7. Sistem Residen telah mewujudkan keadaan politik yang stabil bagi membolehkan British terus mengeksploitasi kekayaan di negeri-negeri Melayu.
Sistem Pentadbiran Tanah

  1. Bagi memudahkan usaha mengeksploitasi itu, British mengambil langkah-langkah untuk menyusun semula sistem pentadbiran tanah.
  2. British memperkenalkan undang-undang dengan menjadikan tanah sebagai hak milik persendirian. Tanah yang bertukar menjadi hak milik persendirian perlu didaftar dan boleh disewa atau dipindah milik melalui sistem jual beli. Akibat pengenalan langkah ini, tanah menjadi satu daripada sumber pendapatan kerajaan.
  3. Namun pembaharuan ini membangkitkan penentangan daripada para pembesar Melayu terhadap pentadbiran British.

SISTEM PENTADBIRAN NEGERI
  •  British mengadakan perubahan dengan membahagikan negeri kepada beberapa buah daerah yang diketuai oleh seorang Pemungut Cukai dan Majistret untuk memungut cukai dan mentadbir keadilan di daerah itu.
  • Pembahagian negeri kepada daerah memberi kesan iaitu wujudnya sempadan geografi yang jelas antara negeri. Sebelum itu, kedudukan sebuah daerah ditentukan oleh kesetiaan peribadi pembesar kepada raja. Selagi hubungan dan kesetiaan ini wujud, daerah itu kekal dalam negeri tersebut.
  • Jika berlaku pergolakan yang membawa kepada perpecahan kawasan, daerah itu mungkin jatuh ke tangan pembesar yang lain. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya perubahan sempadan negeri, terutamanya apabila pembesar itu memberi kesetiaan kepada raja yang lain.
  • Di bawah sistem pentadbiran negeri yang baharu, setiap daerah dibahagikan kepada beberapa buah unit pentadbiran yang lebih kecil dikenali sebagai mukim dengan diketuai oleh seorang penghulu.



Negeri
Ketua : Sultan memerintah mengikut nasihat Residen British

Daerah
Ketua : Pegawai Daerah (dulu dipanggil Pemungut Cukai dan Majistret)

Peranan :
  1. Mengendali urusan cukai dan sewa tanah.
  2. Menjaga keamanan dan menguatkuasakan undang-undang.
  3. Bertanggungjawab dalam perkara seperti kesihatan awam, kewangan dan sistem keadilan dalam daerah di bawah jagaannya.
Mukim
Ketua : Penghulu 

Peranan :
  1. Memungut hasil tanah 
  2. Mentadbir undang-undang 
  3. Memelihara keamanan
  4. Penghubung antara rakyat dengan kerajaan

Kampung
Ketua : Ketua Kampung

Peranan : 
  1. Penghubung di antara penduduk kampung dengan pentadbiran yang lebih tinggi.

PEMBENTUKAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
Sebab-sebab penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu
1.      Kelemahan Sistem Residen
2.      Kurang kawalan Gabenor Negeri-negeri Selat
3.      Masalah kewangan negeri Pahang

Kelemahan Sistem Residen

1. Sistem Residen dilaksanakan tanpa garis panduan yang lengkap. Tiada peraturan yang jelas untuk Residen mentadbir negeri mereka. Ini menyebabkan Residen di setiap negeri mentadbir mengikut cara dan kaedah yang tersendiri.

2. Ini menjadikan Residen terlalu bebas sehingga banyak kuasa diberi kepada mereka.

3. Pentadbiran di setiap negeri juga tidak teratur dan tidak seragam.

4. Kejayaan Residen seperti Frank Swettenham di Selangor & Hugh Low di Perak lebih banyak bergantung kepada kemampuan peribadi dalam menjalin hubungan dengan pemerintah tempatan.

5. Residen yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan adat resam dan persekitaran tempatan seperti J. W. W. Birch di Perak telah menemui kegagalan sehingga boleh membawa maut.

Kurang kawalan Gabenor Negeri-negeri Selat

1. Keadaan ini bertambah rumit apabila tiap-tiap negeri bergerak sebagai sebuah unit yang bebas. Disebabkan kedudukan yang terlalu jauh, hubungan antara Gabenor dan negeri-negeri Melayu agak renggang.

2. Keengganan Residen untuk berhubung dengan Gabenor juga menyebabkan pengetahuan Gabenor terbatas tentang masalah-masalah di negeri-negeri Melayu.

3. Walaupun para Residen pernah cuba mengikuti dasar yang sama, tetapi mereka tidak ada kesempatan untuk berunding sesama sendiri. Masalah ini diburukkan lagi dengan kurangnya kawalan secara keseluruhan dari pejabat Gabenor Negeri-negeri Selat terhadap pentadbiran di Negeri-negeri Melayu.

4. Akibatnya, setiap negeri berkembang mengikut dasar yang berlainan dengan masing-masing mempunyai undang-undang tanah, sistem mahkamah dan sistem percukaian yang berbeza.

Masalah kewangan negeri Pahang

1. Secara keseluruhannya kedudukan kewangan dan perdagangan negeri-negeri Melayu Bersekutu semakin baik dengan terdapatnya pertambahan dari segi hasil dan eksport.

2. Namun, semua negeri masih mempunyai beban hutang yang terpaksa ditanggung oleh Pejabat Tanah Jajahan kerana usaha memulihkan keamanan di negeri masing-masing.

3. Antara negeri yang menghadapi masalah kewangan yang serius ialah Pahang. Pada mulanya, British menganggap Pahang sebagai sebuah negeri yang kaya dengan hasil bumi untuk dieksploitasi tetapi anggapan itu ternyata meleset.

4. Bentuk muka bumi Pahang yang diliputi hutan tebal dan sistem perhubungan yang terbatas menyebabkan hasil buminya seperti emas dan bijih timah sukar dimajukan. Pahang sering menghadapi masalah kewangan kerana jumlah perbelanjaan yang melebihi hasil pendapatan.

5. Kedudukan kewangan Pahang bertambah buruk apabila jumlah hutangnya semakin meningkat kerana perbelanjaan tambahan terpaksa ditanggung untuk membiayai usaha membendung kebangkitan pembesar tempatan (1891 – 1895).

6. Bagi mengatasi masalah kewangan Pahang, British hanya mempunyai 2 pilihan :

i. Edward Fairfield mencadangkan supaya British melepaskan negeri itu daripada penguasaannya

atau

ii. C. P. Lucas mencadangkan supaya British membiayai pentadbiran Pahang melalui pinjaman daripada Negeri-negeri Selat.

7. Pilihan 1 ditolak kerana boleh menjejaskan maruah British sebagai kuasa Barat. Kuasa besar lain ( eg. Amerika Syarikat & Perancis) mungkin mengambil kesempatan untuk meluaskan pengaruhnya di Pahang.

8. Pilihan 2 agak sukar diterima kerana kedudukan kewangan Negeri-negeri Selat juga tidak begitu baik. Ini disebabkan oleh kesan kemelesetan ekonomi yang dialami pada tahun 1891.

9. Bagi membiayai pentadbiran negeri, Negeri-negeri Selat bersetuju untuk memberi pinjaman kepada Pahang. Menjelang akhir tahun 1892, jumlah hutang Pahang kepada Negeri-negeri Selat berjumlah $800 000.

10. Satu-satunya pilihan yang ada adalah mendapatkan bantuan dari Perak dan Selangor untuk meringankan masalah kewangan Pahang. Namun cadangan ini agak sukar dilaksanakan kerana setiap negeri ditadbir secara bebas dan berasingan serta tidak terikat antara satu sama lain.

11. Jalan penyelesaian yang ada adalah menggabungkan keempat-empat negeri di bawah satu unit pentadbiran secara kerajaan pusat. Melalui cadangan ini, masalah kewangan Pahang dapat diatasi dengan bantuan dari negeri-negeri yang lebih kaya seperti Perak dan Selangor.

Persekutuan
1.      Cadangan penubuhan persekutuan
2.      Perjanjian persekutuan 1895
3.      Kesan perjanjian persekutuan
4.      Persidangan majlis raja-raja (Durbar)
5.      Kesan pembentukan persekutuan
a.       Kejayaan
b.      Kelemahan

CADANGAN PENUBUHAN PERSEKUTUAN
1. [Mac 1892] C. P Lucas (pegawai di Pejabat Tanah Jajahan di London) mencadangkan supaya sebuah Persekutuan yang menggabungkan negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang ditubuhkan di bawah satu unit pentadbiran.

2. [1893] Frank Swettenham (Residen Perak) membawa cadangan itu kepada Lord Carnarvon (Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan British) & Sir Cecil Clementi (Gabenor Negeri-negeri Selat). Mereka bersetuju dari segi prinsipnya tetapi bentuk Persekutuan itu sahaja yang belum dapat diputuskan.

3. Lord Carnarvon mahu sebuah Persekutuan yang mengandungi Selangor & N9 sahaja. Sir Cecil Clementi pula lebih berminat kepada Persekutuan yang meliputi seluruh negeri Melayu. Namun, x ada tindakan susulan yg diambil ke atas kedua-dua cadangan ini.

4. [1895] Cadangan itu ditimbulkan semula selepas Sir Charles Mitchell ganti Sir Cecil Clementi sebagai Gabenor Negeri-negeri Selat. Beliau mengarahkan dibuat satu laporan lengkap tentang cadangan itu utk diteliti Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan di London.

5. Mitchell mahukan pemusatan kuasa diwujudkan antara keempat-empat negeri(Pahang, Selangor, N9 & Perak) supaya pentadbiran keadilan, cukai, & penyelesaian tentang masalah tanah dapat diselaraskan. Beliau cadang diwujudkan jawatan Residen Jeneral untuk mengetuai pentadbiran bagi keempat-empat negeri itu.

6. Mitchell juga mencadangkan dibentuk satu pentadbiran awam yang sama di seluruh Persekutuan untuk menggantikan sistem pelantikan pegawai awam di setiap negeri yang bertindak mengikut arahan ketua Jabatan Persekutuan. Ketua-ketua jabatan ini bertanggungjawab kepada Residen Jeneral.

7. Cadangan untuk menubuhkan Persekutuan itu kemudiannya diluluskan. Frank Swettenham ditugaskan untuk mendapatkan persetujuan drpd raja-raja Melayu berhubung dengan cadangan itu.

PERJANJIAN PERSEKUTUAN 1895

1. Dalam melaksanakan tugasnya itu, Swettenham diminta meyakinkan raja-raja Melayu bahawa Persekutuan yang bakal ditubuhkan itu untuk faedah bersama tanpa menjejaskan kuasa, kedudukan dan taraf istimewa baginda.

2. Beliau diarah maklumkan kepada raja-raja bahawa penubuhan Persekutuan akan mengukuhkan kuasa setiap negeri dalam perkara-perkara yang berkaitan kuasa kehakiman, penghapusan jenayah, pertahanan dan hubungan luar.

3. [Julai 1895] Swettenham berjaya mendapatkan persetujuan daripada semua sultan di keempat-empat buah negeri.

4. Satu perjanjian penubuhan Persekutuan ditandatangani yang mengandungi 5 fasal dan antara lain kandungan perjanjian itu ialah : 

  • Mengesahkan semua perjanjian yg telah dibuat sebelum itu antara British & raja2 Melayu di keempat-empat negeri berkenaan.
  • Keempat-empat negeri disatukan di bawah sebuah kerajaan pusat di KL dan dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu yg berada di bawah naungan British.
  • Semua hal ehwal Negeri2 Melayu Bersekutu ditadbirkan oleh British dgn diketuai Residen Jeneral yg bertanggungjawab kepada Gabenor Negeri-negeri Selat (Pesuruhjaya Tinggi Negeri2 Melayu Bersekutu).
  • Residen Jeneral yg berperanan sebagai ketua kerajaan Persekutuan, berkuasa dalam bidang pentadbiran kecuali berkaitan agama Islam & adat istiadat Melayu.
  • Residen di setiap negeri meneruskan tugas mereka seperti biasa. Pejabat yang penting di setiap negeri mempunyai ketua jabatan daripada pegawai Persekutuan yang bertanggungjawab kepada Residen Jeneral.
  •  Setiap rang undang-undang digubal Penasihat Undang-undang & diluluskan oleh Majlis Negeri.
  • Pada satu tarikh yang bakal ditetapkan oleh British, Majlis Mesyuarat Negeri2 Melayu Bersekutu akan ditubuhkan. Mesyuaratnya diadakan dari semasa ke semasa tetapi badan ini x mempunyai apa-apa kuasa.
KESAN PERJANJIAN PERSEKUTUAN

Matlamat utama penubuhan Persekutuan adalah untuk menyelesaikan masalah kewangan Pahang. Ini menyebabkan sistem Persekutuan yang dilaksanakan itu mempunyai banyak kelemahan.

1. Persekutuan yang ditubuhkan itu tidak mempunyai konsep Persekutuan yang sah dari segi undang-undang. Perjanjian Persekutuan 1895 tidak menubuhkan sebuah kerajaan Persekutuan yang sebenar kerana tidak terdapat fasal tentang pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang menjadi asas kepada penubuhan sebuah negara Persekutuan.

2. Apa yang berlaku ialah negeri-negeri itu hanya menjalankan fungsi yang amat kecil. Persekutuan yg ditubuhkan itu lebih sebuah Kesatuan (union) & bukan Persekutuan.

3. Perjanjian Persekutuan memberi kuasa yang amat luas kepada Residen Jeneral. Hampir semua kuasa Residen dipindahkan kepada Residen Jeneral. Pesuruhjaya Tinggi juga tidak berkuasa untuk mengawasi atau membatasi kuasa Residen Jeneral.

4. Semua kuasa perundangan dan eksekutif tertumpu di Kuala Lumpur. Perjanjian Persekutuan tidak menyebut dengan jelas kedudukan dan hubungan antara Residen Jeneral & Pesuruhjaya Tinggi dengan raja-raja di setiap negeri.

5. Percanggahan dalam beberapa fasal berlaku. Misalnya, ada fasal yang menyebut Majlis Negeri tidak ada kuasa dalam perbelanjaan awam. Manakala dalam fasal lain dinyatakan bahawa kerajaan negeri mempunyai kuasa tentang pungutan cukai & perbelanjaan awam selepas peruntukan kerajaan pusat dibuat.

6. Raja-raja Melayu terpaksa menerima Perjanjian Persekutuan, tanpa memberi mereka peluang untuk berunding terlebih dahulu dengan pembesar atau Majlis Negeri. Walaupun perjanjian itu memberi jaminan tentang kedaulatan raja-raja Melayu, tapi pada hakikatnya kuasa raja-raja telah dikurangkan.

7. Perjanjian Persekutuan tidak menyebut kewujudan perbendaharaan yang sama untuk semua negeri. Oleh itu, sultan Perak enggan membiayai pembangunan Pahang. Pahang hanya diberi pinjaman dan bukannya bantuan. Sebenarnya Negeri-negeri Melayu hanya bergabung dari segi pentadbiran.

PERSIDANGAN MAJLIS RAJA-RAJA (DURBAR)

1. Perjanjian Persekutuan memperuntukkan penubuhan sebuah Persidangan Majlis Raja-raja (Durbar). Persidangan ini dihadiri oleh semua 4 orang sultan, ahli-ahli Mesyuarat Negeri, beberapa orang pembesar Melayu dan pentadbir British dengan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi.

2. Walaupun badan ini tiada kuasa perundangan, tetapi inilah peluang yang diberi kepada raja-raja, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri dan pembesar untuk menyuarakan pandangan tentang pelbagai perkara yang melibatkan kepentingan bersama.

3. [1897] Persidangan pertama dikendalikan dalam bahasa Melayu & diadakan di Kuala Kangsar, Perak. Inilah kali pertama raja-raja Melayu daripada keempat-empat negeri mengadakan pertemuan secara bersama.

4. [1903] Persidangan kedua diadakan di Kuala Lumpur. Dua perkara penting yang dibangkitkan ialah soal pemusatan kuasa yang berlebihan dan tuntutan ditambah bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan.

5. Sultan Perak mendesak supaya pemusatan kuasa Residen Jeneral dikurangkan. Baginda juga meminta setiap negeri ditadbir oleh pegawainya sendiri supaya tiap-tiap kerajaan boleh wujud secara berasingan.

6. Pandangan sultan Perak ini telah diberi perhatian oleh British apabila beberapa perubahan dilakukan dalam sistem Persekutuan pada tahun 1909.

KESAN PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN
Kejayaan Sistem Persekutuan

1. Politik dan pentadbiran

a. Selepas penubuhan Persekutuan, beberapa usaha dibuat untuk membentuk satu pentadbiran yg teratur. Antaranya mewujudkan jawatan baharu seperti Penasihat Undang-undang, Setiausaha Hal Ehwal Orang Cina, Pesuruhjaya Kehakiman, Pesuruhjaya Polis dan Pengarah Jabatan Kerja Raya.

b. Seiring dgn itu, beberapa buah jabatan ditambah utk memenuhi pelbagai keperluan sehingga terbentuknya sebuah pejabat setiausaha di KL, iaitu: 
  • Mahkamah-mahkamah negeri di bawah Pesuruhjaya Mahkamah 
  • Sistem kewangan Persekutuan di bawah Pesuruhjaya Kewangan 
  • Jabatan Kerja Raya Negeri di bawah seorang pengarah di Kuala Lumpur 
  • Pembinaan landasan kereta api di bawah Pengarah Kereta Api Persekutuan dan pemulihan hutan di bawah sebuah Jabatan Hutan Pusat. 
c. Negeri-negeri yang kaya seperti Perak dan Selangor mula mengakui bahawa mereka bertanggungjawab mambantu negeri-negeri lain yang kurang mewah, iaitu Negeri Sembilan dan Pahang.

d. Perkembangan ini mewujudkan hubungan yang lebih rapat dan membentuk satu pandangan yang sama dalam kalangan semua negeri. Keadaan ini memudahkan penubuhan perkhidmatan awam yang seragam dan sebuah pasukan polis. 

e. Tidak lama kemudian, dasar pelajaran, sistem pos dan undang-undang tanah yang sama dapat diwujudkan di semua negeri.

2. Ekonomi

a) Sistem perhubungan yang sedia ada (jalan raya dan landasan kereta api) dapat disambung antara negeri dengan negeri yang lain. Landasan kereta api yang sebelum ini hanya menghubungkan Taiping ke Port Weld(Kuala Sepetang) dan Kuala Lumpur ke Port Swettenham(Port Klang) dapat diperluaskan ke negeri-negeri lain.

b) Pembinaan jalan raya diperluaskan sehingga meliputi 3 862 km dengan menghubungkan bandar-bandar penting seperti Perai, Ipoh, Kuala Lumpur dan Seremban.

c) Perubahan pesat ekonomi dan kestabilan politik berupaya meyakinkan pemodal Eropah dan golongan saudagar Cina di Negeri-negeri Selat. Akibatnya, kegiatan melombong bijih timah dan pertanian ladang getah semakin bertambah di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

d) Pelabur Eropah melabur modal dalam sektor perladangan secara komersial terutamanya penanaman getah. Perkembangan pesat dalam pengeluaran bijih timah dan getah menjadikan Tanah Melayu sebagai pengeluar terbesar bahan mentah itu di dunia.

3. Sosial

a. Perkembangan pesat ekonomi menggalakkan kemasukan semakin ramai orang Cina ke Tanah Melayu. Mereka mendirikan kawasan petempatan di bandar-bandar sekitar kawasan perlombongan seperti Ipoh, Taiping dan Kuala Lumpur.

b. Orang Cina terlibat dalam pelbagai kegiatan ekonomi seperti menjadi buruh di lombong bijih timah, membuka kedai runcit / menjalankan jenis perniagaan lain.

c. Akibat penghijrahan dari luar, bilangan penduduk di Negeri-negeri Melayu Bersekutu bertambah dengan pesat. Pada tahun 1891, bilangan penduduk berjumlah 424 218 orang dan angka itu meningkat kepada 678 590 orang menjelang tahun 1901.

d. Seiring dengan kepesatan ekonomi, hasil pendapatan Negeri2 Melayu Bersekutu juga bertambah. Pada tahun 1895, hasil pendapatan purata berjumlah $8.5 juta dan angka ini meningkat sehingga $24 juta pada tahun 1905.

Kelemahan Sistem Persekutuan

1. Di sebalik pelbagai perubahan, sistem Persekutuan juga menimbulkan rasa kecewa raja-raja Melayu dan kerajaan-kerajaan negeri. Pelaksanaan sistem ini menyebabkan kuasa raja-raja dan Majlis Mesyuarat Negeri semakin terhakis. Tanpa kuasa, kedudukan raja-raja samalah seperti pegawai British yang lain.

2. Dalam pentadbiran negeri, peranan sultan semakin diketepikan oleh pegawai British kerana pegawai British tersebut lebih terikat dengan arahan Residen Jeneral. Raja-raja berasakan kedudukan mereka menjadi lebih teruk berbanding dengan pemerintahan di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu yang masih mempunyai kuasa dalam mentadbir negeri masing-masing.

3. Kuasa Residen juga dikurangkan dengan penubuhan Persekutuan. Semua kuasa pentadbiran seperti soal belanjawan, perundangan, dan pungutan cukai dibuat di Kuala Lumpur. Tiada pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

4. Keadaan ini berpunca akibat pemusatan kuasa yang berlebihan kepada kerajaan pusat yang diketuai oleh Residen Jeneral. Beliau diberi kuasa yang terlalu luas dalam bidang pentadbiran, tanpa ada sekatan yang jelas.

5. Perjanjian Persekutuan 1895 tidak menggariskan secara terperinci pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Selepas beberapa tahun sistem Persekutuan dilaksanakan, tiada sebarang usaha membaiki kelemahan itu.

6. Keadaan ini berterusan dengan segala keputusan penting dibuat oleh Residen Jeneral di Kuala Lumpur. Secara beransur-ansur sultan, Residen dan pembesar Melayu hilang kuasa masing-masing. Mereka hanya diperlukan oleh British untuk keperluan upacara rasmi sahaja.

7. Akibat kawalan yang terlalu luas, kedudukan Residen Jeneral sebagai seorang pegawai rendah kepada Pesuruhjaya Tinggi berubah menjadi ketua sebuah pentadbiran yang berasingan. Beliau bebas daripada sebarang kawalan.

8. Residen Jeneral mentadbir Negeri-negeri Melayu Bersekutu mengikut caranya sendiri tanpa berunding dengan Pesuruhjaya Tinggi. Ini mengakibatkan wujud perselisihan antara kedua-dua badan itu.

Pengagihan Semula Kuasa Persekutuan (Desentralisasi)

DESENTRALISASI 1920-AN

Pentadbiran John Anderson

  • Sebagai reaksi kepada bantahan sultan Perak terhadap isu pemusatan kuasa Residen Jeneral, British mengambil beberapa langkah bagi membaiki sistem itu melalui dasar pengagihan semula kuasa. 
  • Tujuan dasar pengagihan semula : 

a. melonggarkan kawalan Residen Jeneral dan kerajaan pusat ke atas Majlis Mesyuarat Negeri.
b. Membahagikan kuasa atau fungsi tertentu antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
  • Walau bagaimanapun, langkah ini sebenarnya tidak bertujuan memberi semula semua kuasa yang diminta itu, tetapi mengagihkan sesetengah kuasa Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri. Kuasa yang lainnya masih dikekalkan di bawah kawalan Kerajaan Persekutuan. 
  • Usaha awal untuk merombak sistem pemusatan kuasa di negeri-negeri Melayu Bersekutu dibuat pada tahun 1909 oleh Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir John Anderson melalui penubuhan sebuah Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan. 
  • Suatu perjanjian untuk menubuhkan Majlis Mesyuarat Persekutuan telah ditandatangani dengan raja-raja Melayu. 
  • Isi kandungan perjanjian untuk menubuhkan Majlis Mesyuarat Persekutuan 
  1. Majlis Mesyuarat Persekutuan dianggotai oleh Pesuruhjaya Tinggi sebagai pengerusi, Residen Jeneral, 4 sultan (Perak, Selangor, N9 dan Pahang) dan 4 orang Residen menjadi ahli-ahli rasmi.
  2. 4 ahli x rasmi dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi untuk mewakili golongan saudagar. 
  3. Pesuruhjaya Tinggi diberi kuasa menambah seorang lagi ahli rasmi, jika perlu dan jika ini dilakukan, seorang lagi ahli x rasmi perlu ditambah. 
  4. Majlis Mesyuarat Persekutuan ditugaskan mengurus hal ehwal berkaitan hasil dalam negeri dan kewangan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. 
  5. Majlis Mesyuarat Persekutuan diberi kuasa menggubal undang-undang, tetapi undang-undang itu mesti dipersetujui oleh Majlis Mesyuarat Negeri. 
  6. Jawatan Residen Jeneral dimansuhkan dan digantikan dengan Ketua Setiausaha yang kedudukannya lebih rendah daripada Pesuruhjaya Tinggi. 
  • Majlis Mesyuarat Persekutuan dikehendaki bersidang sekali setahun untuk membincangkan perkara-perkara yang dihadapi bersama oleh semua negeri. Ini membolehkan raja-raja menyuarakan pandangan tentang pentadbiran negeri dan memberi peluang kepada golongan saudagar untuk diwakili dalam kerajaan. 
  • Walaupun jawatan Residen Jeneral dimansuhkan, tetapi kuasa itu masih dikekalkan di peringkat pentadbiran pusat dan kini berada pada Ketua Setiausaha. Apa yang berlaku bukanlah pengagihan kuasa tetapi cuma pemindahan pemusatan kuasa daripada Residen Jeneral kepada Majlis Mesyuarat Persekutuan. 
  • Kuasa Majlis Mesyuarat Persekutuan Negeri terus merosot kecuali berkaitan agama Islam, adat istiadat, hokum-hukum kematian dan pembuangan negeri terhadap penjenayah asing. Hamper semua perkara lain perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Majlis Undangan Persekutuan. 
  • Keadaan ini berlanjutan untuk beberapa tahun dan selepas jentera pentadbiran dapat berfungsi dengan cekap dan keseragaman pentadbiran dicapai, kedudukan raja-raja Melayu tidak lagi dianggap pentingdan hanya berperanan sebagai symbol pemerintahan melalui upacara rasmi yang melibatkan adat istiadat Melayu. 
  • Kehadiran raja-raja Melayu dalam Majlis Undangan Persekutuan tidak diperlukan lagi. Semua rang undang-undang yang melibatkan negeri-negeri Melayu tetap diluluskan sama ada mereka hadir atau tidak dalam persidangan itu. 
Pentadbiran Sir Laurence Guillemard
  • Kedudukan ekonomi dan kewangan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu bertambah baik akibat perkembangan pesat ekonomi terutamanya dalam perusahaan getah dan bijih timah. 
  • Perkembangan ekonomi ini menjadikan kedudukan Tanah Melayu bertambah makmur. Walaupun sudah timbul tanda-tanda tidak puas hati oleh sultan terhadap pemusatan kuasa, tetapi hal ini masih boleh dibendung. 
  • Menjelang tahun 1920-an, kemelesetan ekonomi yang melanda Eropah selepas Perang Dunia Pertama merebak ke negara lain, termasuk tanah jajahan British di Timur. 
  • Kesan kemelesetan ekonomi menyebabkan perasaan tidak puas hati terhadap British dan tuntutan pengembalian kuasa ditimbulkan semula. Sebagai contoh, Sultan Idris (Perak) semasa melawat England pada tahun 1924, mengemukakan soal pengembalian kuasa itu kepada kerajaan British di London. 
  • Dalam melayani tuntutan pengembalian kuasa, British memberi pertimbangan ke atas 4 perkara, iaitu : 

i. Hubungan peribadi dan politik antara Pesuruhjaya Tinggi British dan Ketua Setiausaha di Tanah Melayu.

ii. Kedudukan kewangan Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang merosot akibat kemelesetan ekonomi selepas Perang Dunia Pertama.

iii. Pandangan bahawa orang Melayu semakin diketepikan daripada arus perkembangan ekonomi, kewangan dan pentadbiran di Tanah Melayu.

iv. Bentuk perlembagaan di Tanah Melayu yang dikatakan agak rumit.
  • Akibat pelbagai desakan ke arah pengembalian kuasa. Gabenor Negeri-negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu (Sir Lawrence Guillemard) memulakan langkah-langkah untuk melaksanakan pengembalian kuasa yang sebenar. 

Cadangan Sir Lawrence Guillemard dan Reaksi Balas
  • Guillemard mengemukakan beberapa cadangan ke arah pengembalian kuasa: 
a) Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan disusun semula dengan beberapa kuasa dikembalikan kepada sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri.

b) Kedudukan Ketua Setiausaha dihapuskan dan kuasanya diserahkan kepada Residen.

c) Semua kuasa pentadbiran di jabatan kerajaan diserahkan semula kepada Majlis Mesyuarat Negeri, kecuali Jabatan Kereta Api, Kastam dan Eksais, Telegraf dan Pos.

d) Keahlian Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan ditambah menjadi 24 orang (ahli rasmi berjumlah 13 orang & ahli x rasmi berjumlah 11 orang).
  • Raja-raja Melayu bersetuju menerima cadangan Guillemard, tetapi mendapat bantahan oleh golongan saudagar dan pedagang yang berpendapat pemusatan kuasa di Kuala Lumpur telah memudahkan perjalanan urusan perniagaan mereka. Jika pengembalian kuasa diadakan, ini boleh menimbulkan ketidakcekapan kerana rundingan secara berasingan terpaksa dibuat dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Keadaan ini boleh menjejaskan perniagaan mereka. 
  • British menimbangkan bantahan itu dan berpendapat jika perniagaan golongan pedagang terjejas, hasil pendapatan negeri turut berkurang dan ini merugikan kerajaan negeri, kerajaan Persekutuan, dan British sendiri. Oleh itu, cadangan Guillemard ditarik balik. 
  • Bagi memuaskan hati kedua-dua belah pihak, Guillemard telah membuat sedikit perubahan terhadap cadangan asalnya, terutama berhubung kedudukan raja-raja dalam Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan. 
  • Kedudukan raja-raja Melayu sebagai ahli biasa dalam Majlis dibatalkan dan digantikan dengan 4 orang Melayu yang mewakili baginda dalam membincangkan semua agenda mesyuarat. 
  • Persidangan Raja-raja (Durbar) diadakan semula sebanyak sekali setahun bagi membolehkan raja-raja Melayu membincangkan hal ehwal negeri sesama sendiri. Raja-raja menghadiri persidangan itu bersama Pesuruhjaya Tinggi dan Ketua Setiausaha bagi membincangkan perkara dasar sahaja. 
  • Walaupun pengembalian kuasa masih belum dilaksanakan sepenuhnya, tetapi raja-raja Melayu sudah merasakan bahawa hak-hak mereka yang diambil sebelum itu telah mula dikembalikan. 

DESENTRALISASI 1930-AN

Pentadbiran Sir Cecil Clementi

1. [1931] Sir Cecil Clementi dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi yang baharu. Beliau meneruskan usaha mengembalikan kuasa dengan mengemukakan beberapa cadangan tambahan.

2. Dalam persidangan Raja-raja di Seri Menanti, N9, Clementi mencadangkan :
  • Negeri-negeri Melayu Bersekutu dibubarkan dan digantikan dengan Kesatuan Tanah Melayu yang merangkumi Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat.
  • Kesatuan Tanah Melayu akan diletakkan di bawah penguasaan Pesuruhjaya Tinggi di Singapura.
  • Semua jabatan kerajaan dipindahkan kepada Kerajaan Negeri (diselia British di Singapura) kecuali 3 buah jabatan (Perkhidmatan Pos, Kereta Api dan Kastam) yang diletakkan di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
3. Meskipun keempat-empat orang sultan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu bersetuju dgn cadangan yg dikemukakan oleh Clementi, namun Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu membantah.

4. Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu menolak cadangan ini kerana tidak yakin bahawa kuasa mereka akan kekal. Jika cadangan itu dilaksanakan, kuasa mereka mungkin berpindah ke Pesuruhjaya Tinggi.

5. Bantahan hebat diterima drpd golongan peniaga yg bimbang perubahan itu boleh melemahkan kuasa Persekutuan. Negeri-negeri Selat juga membantah kerana mereka akan hilang hak perniagaan bebas.

6. Akibat pelbagai bantahan itu, Clementi terpaksa menarik balik cadangannya dan proses pengembalian kuasa kekal setakat yang telah dilaksanakan sebelumnya.

7. [1932] British menghantar Brigadier General Samuel Wilson, Setiausaha Rendah Tetap di Pejabat Tanah Jajahan untuk meneliti sendiri keadaan di Tanah Melayu.

8. Menurut penilitiannya, pemusatan kuasa memang diperlukan dari segi kepentingan politik, British perlu melaksanakan pengembalian kuasa, terutamanya untuk mengekalkan kedudukan, martabat dan kewibawaan raja-raja Melayu.

Cadangan Laporan Sir Samuel Wilson
·         [1933] Wilson mengemukakan laporannya kepada British dan susulan laporan itu, beberapa perubahan dibuat ke atas sistem Persekutuan di Tanah Melayu pada tahun 1939, iaitu :

a)         Gabenor Negeri-negeri Selat dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi untuk Sembilan buah negeri Melayu dengan dibantu oleh seorang Setiausaha Persekutuan.

b)      Jawatan Ketua Setiausaha dimansuhkan dan digantikan oleh Setiausaha Persekutuan yang kedudukannya lebih rendah daripada Residen.

c)      Kuasa Ketua Setiausaha diserahkan kepada Residen-residen sebagai langkah lanjut untuk mengagihkan kuasa di peringkat negeri.

d)        Beberapa buah jabatan Persekutuan disusun semula dan jabatan yang tidak penting seperti Jabatan Pertanian, Perubatan, Pelajaran, Perlombongan, Perhutanan dan Kerja Raya diserahkan kepada kerajaan negeri.

e)      Jabatan-jabatan penting seperti Jabatan Polis, Pertahanan, Kastam, Ukur dan Buruh dikekalkan di bawah kerajaan pusat. Jabatan-jabatan ini masih diketuai oleh pegawai British dan bukannya orang tempatan.

f)       Majlis Mesyuarat Negeri disusun semula dan dikembalikan hak untuk menggubal undang-undang. Wakil orang Cina, India dan Eropah juga dilantik menjadi ahli x rasmi dalam Majlis Mesyuarat Negeri.

g)         Negeri-negeri Selat mempunyai Majlis Undangan sendiri, iaitu Majlis Undangan Negeri-negeri Selat. Selain itu, Majlis Undangan Persekutuan ditubuhkan dan ditempatkan di Kuala Lumpur.

h)      Kerajaan-kerajaan negeri masih tidak dibenarkan untuk memungut hasil sendiri, tetapi mendapat sumber kewangan daripada kerajaan Persekutuan melalui satu tabung pusat bagi membiayai projek-projek negeri.

i)        Pengambilan orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan ditingkatkan, dan Perkhidmatan Awam Negeri-negeri Selat juga ditubuhkan untuk menarik kaum bukan Melayu menyertai perkhidmatan awam.

  •  Pembahagian kuasa sehingga ke peringkat ini memperlihatkan pengaruh sultan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu bertambah. Mereka kini mempunyai suara dalam kerajaan negeri masing-masing.
  • Usaha juga dilakukan untuk menarik sokongan daripada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, tetapi negeri-negeri itu tidak menunjukkan minat. Mereka tidak bersetuju dengan cadangan British untuk memasukkan negeri-negeri itu kerana ingin mengekalkan kemerdekaan masing-masing. 
  • Pada keseluruhannya, perkembangan ini jelas menunjukkan bahawa tujuan politik pembahagian kuasa tidak tercapai sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Perubahan pentadbiran sabah
         Pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) di Sabah 1881 – 1946
  • [ 1881] Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) mengambil alih pemerintahan Sabah. 
  • [1888] Sabah dijadikan sebuah negeri di bawah naungan Empayar British dan diperintah secara langsung oleh SBBU antara tahun 1881 sehingga 1946. 
  • SBBU menggabungkan institusi pentadbiran British dengan institusi tempatan dalam pentadbiran awam negeri. Pentadbiran negeri Sabah diketuai oleh seorang Gabenor yang dilantik oleh Lembaga Pengarah SBBU dengan persetujuan kerajaan British di London. 
  • Gabenor dibantu oleh sebuah Majlis Penasihat (pegawai2 kanan SBBU ; Setiausaha Kerajaan, Bendahari & Ketua Pasukan Keselamatan). Pada umumnya, majlis ini dianggotai oleh 6 orang (5 ahli rasmi & 1 ahli x rasmi). 
  • Bagi melicinkan pentadbiran, Sabah dibahagikan kepada 2 residensi (Residensi Pantai Barat & Residensi Pantai Timur). [1922] Bilangan Residensi bertambah kepada 5, tetapi kemudiannya dikurangkan kepada 4. 
  • Setiap residensi dibahagikan kepada 7 buah daerah dengan setiap daerah diketuai seorang Pegawai Daerah yang berbangsa Eropah. Pegawai Daerah tersebut dibantu oleh ketua masyarakat tempatan iaitu Ketua Anak Negeri . Mereka ditugaskan untuk : 
a. Menjaga keamanan
b. Mengendalikan keadilan
c. Mengutip cukai
d. Membahagi tanah
e. Mengurus hal-hal pertaniam.
  • [1912] Sebuah Majlis Undangan ditubuhkan bagi menggantikan Majlis Penasihat. Penubuhan majlis ini adalah bagi memperoleh pandangan pelbagai kaum dalam menggubal undang-undang negeri. Majlis ini dianggotai 7 orang ahli rasmi dan 4 orang ahli x rasmi yang mewakili orang Cina dan para peladang di pantai barat dan pantai timur Sabah.
  • Dalam pentadbiran keadilan, Mahkamah Anak Negeri yang wujud secara tradisi dalam masyarakat peribumi di Sabah terus dikekalkan untuk mengadili kes-kes yang berkaitan dengan pewarisan harta, tanah, dan hokum adat. Mahkamah ini diketuai oleh seorang Ketua Anak Negeri yang berperanan sebagai hakim tempatan.
  • [1915] Gabenor C. W. Parr tubuhkan sebuah institusi untuk Ketua-ketua Anak Negeri yang dinamakan sebagai Majlis Penasihat Ketua-ketua Anak Negeri. Majlis ini berperanan sebagai orang tengah di antara pentadbiran negeri dengan penduduk tempatan.
  • Pentadbiran di peringkat kampong diketuai Orang Tua (ketua kampung). Beliau ditugaskan untuk menjaga pentadbiran kampung dan menjaga keamanan di kawasan masing-masing.
  • [1935] Gabenor D. J. Jardine mengambil beberapa langkah bagi menarik perhatian ketua-ketua tempatan dalam pentadbiran negeri. Beliau menyusun semula Majlis Penasihat Ketua-ketua Anak Negeri dengan menambahkan keahliannya meliputi ketua-ketua daripada setiap daerah. 
  • Agenda mesyuarat Majlis Penasihat Ketua-ketua Anak Negeri dibahagikan kepada 2, iaitu perkara-perkara umum dan hal ehwal agama Islam. Isu yang berkaitan agama Islam dibahaskan oleh ahli yang beragama Islam sahaja. [1935] Orang Kaya-kaya Mohammad Saman telah membentangkan cadangan berkaitan perundangan Islam dalam mesyuarat Majlis Penasihat Ketua-ketua Anak Negeri. Cadangan itu telah diterima dan diluluskan oleh SBBU yang membawa kepada penubuhan Mahkamah Adat Orang Islam. 
  • Semasa Perang Dunia Kedua, Sabah berada di bawah pentadbiran tentera Jepun (1941-1946). Selepas perang, SBBU menyerahkan secara rasmi, negeri Sabah kepada kerajaan British di London pada 15 Julai 1946. Berikutan penyerahan itu, Sabah menjadi Tanah Jajahan British sehingga negeri itu merdeka melalui Malaysia pada 16 September 1963.


Perubahan Pentadbiran di Sarawak

1. Pentadbiran keluarga Brooke (1841 – 1946)

Keluarga Brooke memerintah Sarawak selama 105 tahun (1841 – 1956)
Sepanjang tempoh itu, pemerintahan Sarawak dilakukan mengikut sistem monarki dengan raja berkuasa secara mutlak dalam semua urusan pentadbiran negeri.
Ketua pentadbiran negeri guna gelaran ‘raja’
Pentadbiran keluarga Brooke dikenali sebagai pemerintahan ‘Raja Putih’

James Brooke (1841 – 1868)

1. Tidak merombak sistem pemerintahan yang sedia ada tetapi memperkenalkan beberapa perubahan yang sesuai untuk memastikan setiap pembesar yang berkuasa di wilayah masing-masing memberi kesetiaan kepadanya.

2. Melantik beberapa orang pembesar tempatan menjadi penasihat kanannya dalam pentadbiran negeri supaya dapat mengekalkan hubungan baik dengan mereka :

a. Datuk patinggi
b. Datuk temenggung
c. Datuk Bandar
d. Datuk imam

3. Turut melantik beberapa orang Eropah untuk membantunya dalam pentadbiran negeri.

4. Mewujudkan undang-undang dan mahkamah bagi mengekalkan keamanan negeri :

a. Undang-undang yang mengandungi 8 fasal untuk melindungi masyarakat tempatan dan menggalakan kegiatan perdagangan di Sarawak.

5. Meninggalkan Sarawak untuk pulang ke England pada tahun 1863. Beliau meninggal dunia di England pada tahun 1868.

6. Digantikan oleh anak saudaranya Charles Anthoni Johnson Brooke sebagai Raja Putih yang kedua / Raja Brooke.

Majlis tertinggi (1855) 

Keanggotaan
  • Beberapa orang pembesar Melayu yang terkemuka 
Tujuan
  1. Menasihati James brooke 
  2. Menggubal dasar serta meluluskan undang2 & peraturan yg berkaitan dgn pentadbiran negeri Sarawak. 
Charles Brooke (1868 – 1917)

1. Menyusun pentadbiran negeri dengan membahagikan Sarawak kepada 5 bahagian.

Majlis negeri (1868) 


Keanggotaan :
  • Ahli-ahli majlis tertinggi 
  • Pegawai kanan Eropah & Melayu 
  • Ketua-ketua suku kaum Iban 
Tujuan :
  1. Menasihati residen 
  2. Mengetuai operasi ketenteraan 
  3. Menjaga keamanan 
  4. Menyelesaikan pergaduhan 
  5. Mengutip cukai 
Majlis bahagian

Keanggotaan 
  • Residen 
  • Penolong residen berbangsa Eropah 
  • Pegawai anak negeri (tugas : mengetuai ekspedisi ketenteraan & menasihati residen) 
  • Pegawai Daerah 
  • Ketua kampong 
Tujuan
  1. Memberi peluang kpd pemimpin bumiputera utk bersidang 3 kali setahun bagi menyuarakan pandangan & bertukar fikiran dlm satu perjumpaan serta mengambil bahagian dlm pentadbiran. 
  2. Majlis ini bersidang buat pertama kalinya di Bintulu dan diikuti Sibu kemudian di Kuching. 
  3. Memberi nasihat kpd raja Sarawak tapi x berkuasa utk menggubal undang2 .

Charles Vyner Brooke (1917 – 1946)

1. Charles Brooke meninggal dunia pada tahun 1917 dan digantikan oleh anaknya, Charles Vyner Brooke.

2. [1923] mewujudkan jawatan Ketua Setiausaha dalam pentadbiran negeri.

3. [1924] meluluskan Kanun Jenayah Sarawak yang digubal berdasarkan Kanun Jenayah India sebagai langkah untuk mengekalkan keamanan. 

Kanun Jenayah Sarawak
Melindungi masyarakat tempatan dan menggalakkan kegiatan perdagangan di Sarawak.
  • Mereka yang membunuh, menyamun & melakukan kesalahan jenayah berat yg lain akan dibicarakan dan dihukum jika didapati kesalahan. 
  • Semua penduduk (Cina, Dayak, Melayu) dibenarkan berdagang / menjalankan kerja2 buruh. Mereka bebas menikmati faedah daripada segala usaha yg dilakukan. 
  • Semua jalan perhubungan (darat/laut), dibuka kepada semua orang. Kapal dagang daripada negara asing bebas melalui sungai-sungai di Sarawak. 
  • Semua perdagangan dibenarkan kecuali antimoni (unsur logam (pepejal putih) yg digunakan utk membuat aloi dan semikonduktor) yang dikuasai hanya oleh gabenor. Semua barang yang didagangkan hendaklah dibayar dengan harga yang berpatutan.
  • Orang Dayak bebas menjalani kehidupan mereka tanpa diganggu. Mereka dibenarkan berdagang dengan sesiapa sahaja. Cukai yang dikenakan kepada orang Dayak akan dikutip oleh pembesar yang ditauliahkan sahaja. 
  • Kadar cukai yang dikenakan kepada setiap orang ditentukan oleh pihak kerajaan. Sukatan, timbangan dan penggunaan mata wang ditetapkan untuk memudahkan urusan jual beli. 
  • Semua rakyat diwajibkan mematuhi undang-undang yang ditetapkan dan sesiapa yang ingkar boleh dihukum sewajarnya. 
4. [1928] melantik Pesuruhanjaya Kehakiman.

5. [1930] Jawatan Pesuruhanjaya Kehakiman dinaik taraf kepada Ketua Hakim.

6. [September 1941] menggubal satu perlembagaan baharu bagi Sarawak sebagai langkah untuk menyerahkan kuasa mutlaknya kepada Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri. 


Perlembagaan Sarawak 1941
Antara isi kandungannya ialah :
  • Charles Vyner Brooke menyerahkan kuasa mutlaknya kepada Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri.
  • Raja Sarawak memerintah dengan nasihat Majlis Negeri.
  • Majlis Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang dan menguruskan kewangan.
  • Raja mempunyai kuasa untuk membatalkan undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Negeri.
  •  Raja Brooke melantik kebanyakan ahli Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri.

7. Majlis Negeri mengandungi 25 orang ahli :
a. 14 orang ahli rasmi yang dilantik dalam kalangan para pegawai perkhidmatan awam Sarawak.
b. 11 orang ahli tidak rasmi yang dilantik untuk mewakili kepentingan penduduk Sarawak.

8. [1946] Pemerintahan keluarga Brooke berakhir apabila Charles Vyner Brooke menyerahkan pemerintahan negeri Sarawak kepada kerajaan British. Mulai Julai 1946, Sarawak telah menjadi tanah jajahan kerajaan British dan ditadbir oleh seorang gabenor yang dilantik oleh kerajaan British di London